AiNi
PENDIDIKAN ISLAM MENJANA SAHSIAH TERPUJI
MeNgGaPaI iMpIaN...mErEaLiSaSiKaN cItA-cItA
MeNgGaPaI iMpIaN...mErEaLiSaSiKaN cItA-cItA
Monday, 18 June 2012
Sunday, 22 April 2012
Sunday, 15 April 2012
KATA-KATA HIKMAH
SAYIDINA ABU BAKAR :
1.Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub karena suatu perhiasan dunia, niscaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu.
2. Semoga aku menjadi pohon yang ditebang kemudian digunakan.
3.Dia berkata kepada para sahabat,”Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah orang yang paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!”
SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB :
1. Jika tidak karena takut dihisab, sesungguhnya aku akan perintahkan membawa seekor kambing, kemudian dipanggang untuk kami di depan pembakar roti.
2. Barangsiapa takut kepada Allah SWT niscaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan barangsiapa takut pada Allah, tidak sia-sia apa yang dia kehendaki.
3. Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan) aku untukMu bukan untuk manusia.
SAYIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH :
1. Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hambaMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai.
2. Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima?
Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya.
3.Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.
UMAR BIN AZIZ :
1. Orang yang bertakwa itu dihalang.
2.Sesungguhnya syubhat itu pada yang halal.
3.Kemaafan yang utama itu adalah ketika berkuasa.
SUFFIAN AS THAURI :
1. Tidak ada ketaatan bagi kedua ibu-bapa pada perkara syubhat.
2.Sesungguhnya seorang lelaki itu berharta bila dia zuhud di dunia, dan sesungguhnya seorang itu adalah fakir bila dia gemar pada dunia.
3. Menuntut ilmu lebih utama daripada solat sunat.
IMAM AS SYAFIE :
1. Barangsiapa menghendaki akhirat wajib baginya ikhlas pada ilmu.
2.Tidak ada sesuatu yang lebih indah pada ulama kecuali dengan kefakiran dan mencukupi dengan apa yang ada serta redha dengan keduanya.
3. Hendaklah kamu berilmu pengetahuan sebelum kamu menjadi ketua, sebab sesudah kamu menjadi ketua, tidak ada jalan lagi bagimu untuk mencari pengetahuan.
Orang yang berakal itu adalah orang yang akalnya dapat mengawal segala sifat-sifat mazmumah (sifat keji).
Barangsiapa yang menyukai bila Allah menutupinya dengan kebaikan maka hendaklah dia bersangka baik terhadap manusia.
IMAM MALIK :
1. Ilmu itu bukanlah dengan membanyakkan riwayat tetapi ilmu itu adalah cahaya yang Allah letakkan dalam hati.
2. Apabila seseorang itu memuji dirinya maka hilanglah cahayanya.
3. Wajib bagi orang yang menuntut ilmu untuk memiliki kebesaran, ketenangan dan ketakutan.
IMAM ABU HANIFAH :
1. Tidak sekalipun aku solat kecuali aku doakan untuk guruku Hammad dan juga mereka yang pernah mengajarku serta mereka yang pernah aku ajar. (murid-muridnya).
2. Aku telah 50 tahun bergaul dengan manusia. Tidak ku dapati seorangpun yang mengampunkan kesalahanku. Tidak ada yang menghubungi aku ketika aku memutuskan hubungan dengannya. Tidak ada yang menutup keaibanku dan aku tidak akan merasa aman darinya bila dia murka kepadaku. Maka yang lebih mereka bimbangkan adalah perkara yang besar-besar.
3. Telah sampai berita kepadaku, bahawa tidak ada yang lebih mulia daripada seorang alim yang warak.
IMAM AHMAD :
Jangan kamu mengambil ilmu dari orang yang mengambil benda dunia di atas ilmunya.
SUFFIAN BIN UYAINAH :
1. Dua perkara yang susah sekali untuk mengubatinya iaitu meninggalkan loba (tamak) untuk manusia dan mengikhlaskan amal untuk Allah.
2. Siapa yang ditambah akalnya maka kuranglah rezekinya.
3. Zuhud di dunia itu adalah sabar dan menunggu-nunggu kedatangan mati.
4. Ilmu itu jika tidak memberi manfaat padamu maka akan memberi mudarat padamu.
5. Orang yang menuntut ilmu tidak akan dianggap sebagai orang yang berakal hingga dia melihat dirinya lebih hina dari sekalian manusia.
Sebahagian ulama’ salaf bermunajat seperti ini :
“Ya Allah, generasi mana yang tidak membuat kedurhakaan padaMu namun Engkau tetap memberi rezeki kepada mereka. Sesungguhnya Maha Suci Engkau dan Maha Penyantun. Demi kemuliaanMu, Engkau didurhakai manusia namun Engkau tetap melimpahkan pemberian dan rezeki, bagaikan Engkau tidak pernah marah pada mereka, wahai Tuhan kami.”
SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
1. Asuhan Tilawah al-Quran.
1.1. Bacaan :-
1.1.1.
Mengenal huruf-huruf hijaiyyah tunggal, bersambung dan berbaris fathah,
kasrah,dhammah, tanwin, sukun dan syaddah.
1.1.2.
Membaca kalimah dan potongan ayat.
1.1.3.
Membaca kalimah dan ayat-ayat pendek pelbagai baris.
1.1.4.
Membaca surah-surah berikut dengan betuldan fasih :-
a. Surah al-Fatihah.
b. Surah al-Nas.
c. Surah al-Falaq.
d. Surah al-Ikhlas.
e. Surah al-Masad.
f.
Surah al- Nasr.
g. Surah al-Kafirun.
h. Surah al-Kauthar.
i.
Surah al-Ma‘un.
j.
Surah Quraisy.
k. Surah al-Fil.
l.
Surah al-Humazah.
m. Surah al-‘Asr.
n. Surah al-Takathur.
o. Surah al-Qari‘ah.
|
p. Surah al-‘Adiyat.
q. Surah al-Zalzalah.
r.
Surah al-Baiyyinah.
s. Surah al-Qadr.
t.
Surah al-‘Alaq.
u. Surah al-Tin.
v. Surah al-Syarh.
w. Surah al-Dhuha.
x. Surah al-Lail.
y. Surah al-Syams.
z.
Surah al-Balad.
aa. Surah al-Fajr.
bb. Surah al-Ghasyiyah.
cc. Surah al-A‘la.
dd. Surah al-Tariq .
|
1.1.5.
Membaca potongan ayat-ayat daripada surah-surah tertentu yang mengandungi tanda
bacaan mad dan waqaf.
1.1.6.
Membaca ayat-ayat pendek mengandungi bacaan nun sakinah dan tanwin.
1.1.7.
Membaca potongan ayat-ayat daripada surah-surah tertentu yang mengandungi mim
syaddah, nun syaddah dan mim sakinah.
1.1.8.
Membaca potongan ayat-ayat daripada surah-surah tertentu yang mengandungi
bacaan qalqalah.
1.2. Hafazan :-
1.2.1. Menghafaz surah-surah berikut :-
|
|
1.3. Kefahaman :-
1.3.1.
Pengertian al-Quran.
1.3.2.
Kelebihan membaca al-Quran.
1.3.3.
Sejarah ringkas al-Quran.
1.3.4.
Memahami surah-surah berikut secara umum:
a.
Surah al-Fatihah ayat 1 hingga 7.
b.
Surah al-Nas ayat 1 hingga 6.
c.
Surah al-Falaq ayat 1 hingga 5.
d.
Surah al-Ikhlas.
e.
Surah al-Kauthar.
f. Surah al-Ma‘un ayat 1 hingga 7.
g.
Surah al-Qadr ayat 1 hingga 5.
h.
Surah al-Dhuha ayat 1 hingga 11.
2. Asas ‘Ulum Syar‘iyah.
2.1. Akidah :-
2.1.1
Pengertian Rukun Iman.
2.1.2
Beriman kepada Allah.
2.1.3
Beriman kepada Malaikat.
2.1.4
Beriman kepada Rasul.
2.1.5
Beriman kepada Kitab-kitab.
2.1.6
Beriman kepada Hari Akhirat.
2.1.7
Beriman kepada Qada’ dan Qadar.
2.1.8
Pengertian Rukun Islam :-
a.
Mengucapkan Dua Kalimah Syahadah.
b.
Menunaikan solat fardu.
c.
Berpuasa di bulan Ramadan.
d.
Mengeluarkan zakat.
e.
Mengerjakan haji.
2.1.9 Allah bersifat :-
a. Wujud.
b. Qidam.
c. Baqa’.
d. Mukhalafatuhu lil hawadith.
e. Qiamuhu bi nafsih.
f. Wahdaniah.
g. Qudrat.
|
h. Iradah.
i. Ilmu.
j. Hayat.
k. Sama‘.
l. Basar.
m. Kalam.
|
2.1.10 Nama-nama Allah (Al-Asma’ al-Husna) yang berikut
:-
a. Al-Rahman.
b. Al-Rahim.
c. Al-‘Afuw.
d. Al-Ghafur.
e. Al-‘Adl.
f. Al-Shakur.
|
g. Al-Salam .
h. Al-Hadi.
i. Al-Sabur.
j. Al-Hakim.
k. Al-Hasib.
l. Zu al-Jalali wa al-Ikram.
|
2.1.11
Pengertian Dosa dan pahala.
2.1.12
Pengertian dosa kecil dan dosa besar.
2.1.13
Pengertian syirik.
2.1.14
Sam‘iyyat :-
a.
Pengertian.
b.
Perkara-perkara sam‘iyyat.
2.2. Ibadah :-
2.2.1.
Konsep ibadah :-
a.
Pengertian.
b.
Jenis-jenis ibadah.
c.
Fardu ‘Ain dan Fardu Kifayah.
d.
Jenis-jenis hukum(Wajib, Sunat, Makruh, Haram dan Harus).
2.2.2.
Bersuci :-
a.
Pengertian.
b.
Tanggungjawab bersuci.
c.
Istinja’.
d.
Bersuci daripada najis:-
i)
Ringan
ii)
Sederhana
iii)
Berat
e.
Bersuci daripada hadas :-
i)
Hadas kecil.
ii)
Hadas besar.
f. Tayammum
:-
i)
Tatacara tayammum.
ii)
Syarat-syarat tayammum.
iii)
Perkara yang membatalkan tayammum.
2.2.3.
Solat :-
a.
Pengertian.
b.
Solat fardu.
c.
Bacaan-bacaan dalam solat serta terjemahannya :-
i)
Takbiratul Ihram.
ii)
Surah al-Fatihah.
iii)
Doa Iftitah.
iv)
Ketika ruku’.
v)
Ketika iktidal.
vi)
Ketika sujud.
vii)
Duduk antara dua sujud.
viii)
Tahiyyat awal dan akhir.
ix)
Doa qunut.
d.
Perlakuan solat (rukun fi‘li) dan hikmah-hikmahnya.
e.
Perkara-perkara yang membatalkan solat.
f. Rukun-rukun.
g. Syarat-syarat
wajib.
h.
Syarat-syarat sah.
i. Sunat ab‘adh dan hai’ah.
2.2.4.
Azan dan iqamah.
2.2.5.
Solat berjemaah.
2.2.6.
Solat Jumaat.
2.2.7.
Ibadah puasa Ramadan :-
a.
Konsep puasa.
b.
Syarat-syarat wajib.
c.
Rukun-rukun.
d.
Syarat-syarat sah.
e.
Perkara-perkara yang membatalkan puasa.
2.2.8.
Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha.
2.2.9.
Solat jenazah.
2.3. Sirah :-
2.3.1.
Tanda-tanda kenabian.
2.3.2.
Salasilah keturunan Nabi.
2.3.3.
Penyusuan dan pemeliharaan Nabi.
2.3.4.
Nabi dibesarkan di kampong dan terdidik dengan nilai-nilai murni masyarakat
desa.
2.3.5.
Kematian bapa dan ibu Nabi.
2.3.6.
Kematian datuk Nabi.
2.3.7.
Pemeliharaan Nabi oleh bapa saudaranya.
2.3.8.
Pekerjaan Nabi :-
a.
Semasa kecil membantu bapa saudara berniaga.
b.
Semasa dewasa menternak kambing dan berniaga.
2.3.9.
Perkahwinan nabi.
2.3.10.
Peristiwa Hajar al-Aswad.
2.3.11.
Peristiwa di Gua Hira’.
2.3.12.
Mukjizat al-Quran.
2.3.13.
Dakwah Rasulullah s.a.w. secara sulit dan secara terang.
2.3.14.
Hijrah ke Habsyah.
2.3.15.
Pembesar di Mekah menerima seruan Rasulullah s.a.w.
2.3.16.
Tentangan terhadap Rasulullah s.a.w.
2.3.17.
Isra’ dan Mikraj.
2.3.18.
Perjanjian ‘Aqabah.
2.3.19.
Hijrah ke Madinah.
2.3.20.
Pembinaan Masjid pertama.
2.3.21.
Persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar.
2.3.22.
Pembentukan Negara Madinah.
2.3.23.
Mempertahankan Madinah.
2.3.24.
Piagam Madinah.
2.3.25.
Perjanjian Hudaibiah.
2.3.26.
Pembukaan Kota Mekah.
2.3.27.
Perkembangan Islam pada zaman Rasulullah s.a.w..
2.3.28.
Haji Wida‘.
2.3.29.
Kewafatan Rasulullah s.a.w.
3. Adab dan Akhlak Islamiah.
3.1. Adab Di Dalam Kehidupan Harian :-
3.1.1.
Adab makan dan minum.
3.1.2.
Adab qada’ hajat.
3.1.3.
Adab tidur dan bangun tidur.
3.1.4.
Adab mandi dan bersugi.
3.1.5.
Adab berwuduk.
3.1.6.
Adab berpakaian.
3.1.7.
Adab berkenderaan.
3.1.8.
Adab masuk dan keluar rumah.
3.1.9.
Adab menghidang makanan dan minuman.
3.1.10.
Adab berjalan.
3.1.11.
Adab bertanya.
3.1.12.
Adab mengurus diri.
3.2. Adab Terhadap Ibu bapa dan
Keluarga :-
3.2.1.
Adab bercakap dengan ibu bapa.
3.2.2.
Adab menolong ibu bapa.
3.2.3.
Adab bergaul dengan keluarga
3.3. Adab Dalam Kehidupan Bersosial :-
3.3.1.
Adab bergaul dengan rakan.
3.3.2.
Adab di masjid dan surau.
3.3.3.
Adab bercakap dengan rakan.
3.3.4.
Adab melayan tetamu.
3.3.5.
Adab menziarahi orang sakit.
3.3.6.
Adab menziarah rakan.
3.3.7.
Adab menziarah orang tua.
3.3.8.
Adab dengan orang tua.
3.3.9.
Adab menziarahi jenazah dan kubur.
3.3.10.
Adab makan di majlis keramaian.
3.3.11.
Adab berjiran.
3.3.12.
Adab berkumpul.
3.3.13.
Adab berjual beli.
3.3.14.
Adab bekerja.
3.3.15.
Adab menziarah jiran.
3.3.16.
Adab ketika bermain.
3.3.17.
Adab terhadap tempat dan harta benda awam.
3.3.18.
Adab kecintaan kepada negara.
3.3.19.
Menjaga kebersihan sungai dan alam sekitar.
3.3.20.
Adab rehlah.
3.3.21.
Adab dengan manusia dan makhluk lain.
3.3.22.
Adab dengan pemimpin.
3.4. Adab Menuntut Ilmu :-
3.4.1.
Adab bercakap dengan guru.
3.4.2.
Adab ke sekolah.
3.4.3.
Adab belajar.
3.4.4.
Adab semasa di sekolah.
3.4.5.
Adab berhujah.
3.4.6.
Adab menolong guru.
3.4.7.
Adab menjaga harta benda sekolah.
3.4.8.
Adab menjaga kebersihan sekolah.
3.5. Adab Dengan al-Quran :-
3.5.1.
Adab membawa dan menyimpan al-Quran.
3.5.2.
Adab membaca al-Quran.
4. Pelajaran Jawi.
4.1
Mengenal, menyebut dan menulis huruf Jawi tunggal.
4.2
Mengenal, menyebut dan menulis huruf Jawi sambung.
4.3
Mengenal membaca dan menulis suku kata terbuka.
4.4
Mengenal membaca dan menulis suku kata tertutup.
4.5
Membaca dan menulis rangkai kata dan ayat.
4.6
Mengenal, membaca dan menulis perkataan pinjaman.
4.7
Mengenal, membaca dan menulis perkataan berimbuhan dan ayat pendek.
4.8
Menggunakan tanda baca.
4.9
Membaca pelbagai jenis bahan bacaan.
4.10
Menulis pelbagai jenis teks.
4.11
Mengenal dan menulis khat nasakh dan rik‘ah.
Monday, 9 April 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)