AiNi

PENDIDIKAN ISLAM MENJANA SAHSIAH TERPUJI
MeNgGaPaI iMpIaN...mErEaLiSaSiKaN cItA-cItA

Sunday, 1 April 2012

Falsafah dan Matlamat Pendidikan Islam

Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapaikebaikan di dunia dan akhirat.

Matlamat Pendidikan Islam ialah menjadikan mata pelajaran ini lebih berkesan dari segi implikasi dan penghayatan terutamanya berkaitan fungsi pendidikan Islam sebagai benteng ketahanan diri murid dari
segi akidah dan akhlak. Ia juga bertujuan untuk memperseimbangkan antara teori dan praktikal.

Murid-murid bukan sahaja cemerlang dalam peperiksaan tetapi juga tinggi tahap amal dan penghayatan.
Selain itu, matlamatnya juga untuk menjadikan skop pendidikan Islam merangkumi semua aspek asas fardhu ain dan aspek-aspek utama fardhu kifayah khususnya dari segi sumbangan pendidikan Islam terhadap pembangunan tamadun bangsa dan negara.

No comments:

Post a Comment