AiNi

PENDIDIKAN ISLAM MENJANA SAHSIAH TERPUJI
MeNgGaPaI iMpIaN...mErEaLiSaSiKaN cItA-cItA

Tuesday, 27 March 2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM


Tarikh : 25/3/2012 ( Ahad )
Kelas : 3 Amanah
Mata pelajaran : Pendidikan Islam
Tajuk : Beriman Kepada Kitab
Objektif  : 
        1. Murid dapat menyatakan pengertian kitab Allah
        2. Murid dapat menyenaraikan nama kitab-kitab Allah
        3. Murid dapat menyebut nama kitab-kitab Allah dan Rasul-rasaul yang menerimanya.
Pengetahuan sedia ada : Murid pernah melihat dan membaca kitab al-Quran
Konsep  : Mengetahui erti  kitab Allah
Bahan  :  Carta , kad perkataan , kitab al-Quran, lembaran kerja.
Nilai : Murid sentiasa membaca al-Quran
Kemahiran :
        1. Kognitif- Murid dapat menjelaskan pengertian kitab Allah.
        2, Psikomotor : Murid dapat memadankan nama kitab dengan nama rasul yang 
            menerimanya.
        3, Sosial : Murid dapat membaca al-Quran beramai-ramai di sekolah.

Langkah/Masa

Isi pelajaran
              Aktiviti pengajaran Pembelajaran

Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti murid
Set Induksi
( 3 minit )
-Al-Quran
-Buku teks
1.Guru mempamerkan al-Quran dan buku teks kepada murid.
2.Guru bersoaljawab tentang al-quran dan buku teks yang ditunjukan.
3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran.
1.Murid memerhatikan benda yang ditunjukan oleh guru.
2Murid menjawab soalan guru tentang Quran dan buku teks.
Pembelajaran berpusatkan murid
Langkah 1
( 7 minit )
-pengertian kitab Allah.
-kad ayat
1.Guru menjelaskan kepada murid mengenai pengertian kitab Allah.
2. Guru tunjukan kad ayat tentang pengertian kitab Allah.
3. Guru menyuruh salah seorang murid membaca kad ayat yang ditunjukan.
4. Guru menyuruh murid membaca beramai-ramai kad ayat yang ditunjukan

1. Murid mendengar penjelasan guru tentang pengertian kitab.
2. Murid memerhatikan kad ayat yang ditunjukan
3. Seorang murid menyebut kad ayat yang ditunjukan oleh guru.
4. Murid menyebut beramai-ramai pengertian kitab Allah.
-Pembelajaran berpusatkan murid
Langkah 2
( 10 minit )
-Nama-nama kitab Allah dan rasul yang menerimanya.
1. Guru memberi penerangan kepada murid mengenai kitab-kitab Allah dan rasul-rasul yang menerimanya.
2. Guru mempamerkan kad-kad perkataan nama kitab Allah dan rasul sambil bersoaljawab dengan murid.
3. Guru menyuruh murid keluar ke depan untuk memadankan nama kitab dengan nama rasul yang menerimanya.
1. Murid mendengar penerangan guru.




2. Murid memerhati kad-kad perkataan dan menjawab soalan daripada guru.



3. Murid keluar untuk memadankan nama kitab dengan nama rasul yang menerimanya.

-kad-kad perkataan
-pembelajaran berpusatkan murid
Langkah 3
( 7 minit )
-Lembaran kerja
1.Guru mengadakan lembaran kerja kepada murid dan meminta murid menjawab soalan.
2. Guru membuat rumusan hasil pengajaran dan pembelajaran.
1. Murid memerhati dan menjawab soalan di lembaran kerja.
2. Murid mendengar rumusan guru dan meneliti jawapan yang diberi oleh guru.

-lembaran kerja
Penutup
( 3 minit )

1. Guru meminta murid menyebut pengertian kitab beramai-ramai.
2. Guru memberi sedikit rumusan tentang tajuk beriman kepada kitab.
1. Murid menyebut pengertian kitab beramai-ramai.
2. Murid mendengar rumusan daripad guru.
Sesi  bersoaljawab dan rumusan daripada guru.

Refleksi selepas pengajaran:
Pengajaran dan pembelajaran pada hari ini berjalan dengan lancar dan seperti yang dirancangkan. Saya dapati murid-murid. Saya dapati murid lebih memberi tumpuan terhadap pengajaran saya berbanding kemarin. Saya rasa mereka mulai rasa seronok belajar mata pelajaran pendidikan Islam kerana saya telah menggunakan ABM dan melibat murid secara aktif. Saya rasa puas hati dan saya akan cuba mempertingkatkan lagi  proses P&P saya supaya murid akan merasa ternanti-nanti untuk belajar mata pelajaran pendidikan Islam.

Wednesday, 14 March 2012

Falsafah Pendidikan Negara



" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "

Kaedah Pengajaran


Ada dua perkataan yang hampir-hampir sama maksudnya dengan kaedah dan ia memang tergolong dalam kaedah juga, iaitu teknik dan pendekatan. Mok Soon Seng (1992) mengatakan pendekatan ialah cara mendekati sesuatu mata pelajaran. Iaitu cara bagaimana suatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Jadi ia merupakan satu set teori yang sistematik.

Kaedah pula ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mecapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek. Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun (Mok Soon Seng 1992). Manakala teknik pula ialah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Azman Wan Chik (1987) teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah. Kalau guru mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alat komunikasi canggih dalam makmal bahasa, maka itu satu teknik.

Sekiranya seorang guru Pendidikan Islam mengajar pelajar menghafaz Al-Qur`an dengan mendengar bacaan dalam pita kaset, maka ini dikatakan teknik. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Melihat kepada misal-misal yang diutarakan oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), Mok Soon Seng (1992), Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Atan Long (1980) dan Mahfudh Salahuddin (1987), nampaknya yang dikatakan kaedah itu ialah yang ada nama, seperti kaedah kuliah, demonstrasi, Socrates, simulasi, inquiri penemuan, Forebel dan sebagainya.

 Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai obektif pengajaran. Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi apa sahaja cara tiandakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu adalah kaedah, walau pun ia tidak mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan Long (1981) dan lain-lain.

 Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua mata pelajaran bagi semua pelajar dalam semua keadaan. Kaedah harus berubah mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar. Al-Kailany (1986) menyenarai sedikit panduan kepada guru sebelum mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, antaranya ialah:

1. kaedah mestilah secucuk dengan tujuan dan matlamat pelajaran
 2. kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai
 3. kaedah juga haruslah sesuai dang tabiat (nature) pelajaran yang diajar
 4. kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar
5. kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru
6. mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah bekenaan
 7. kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada.

 An-Nashmy (1980)mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama. Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik. Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai.

 Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Congelosi (1992) mencadangkan bahawa setiap pengajaran harus terlebih dahulu disediakan rancangannya dan dalam rancangan pengajaran ini harus mempunyai perkara-perkara berikut, iaitu:

 1. Tujuan am (learning goal)
 2. Objektif pelajar (specific objective)
 3. Langkah-langkah pengajaran yang mengandungi aktiviti-aktivit tertentu untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran
 4. Perlu ada makanisma untuk memantau kemajuan pelajar
 5. Penilaian (sumative evaluation) untuk mengukur pencapaian pelajar.

 Kata Cangelosi (1992): Learning goal is the overall purpose of the teaching unit. It indicates what students are expected to learn. Specific objective, define the learning goal. That is a number of specific skills, abilities, and/or attitude that the student to/or must acquire. (ms. 24) Perrott (1986) menerangkan semua aktiviti itu dalam tiga istilah yang lebih mendasar, iaitu: Planning Implementation Evaluation Tiga perkara ini dan juga langkah-langkah yang dikemukakan sebelum ini merupakan asas pengajaran yang berkesan, di sampiang pengetahuan yang patut ada pada guru. Langkah-langkah ini disusun demikian rupa untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran sesuatu yang menarik dan berkesan. Ini yang dikatakan pengajaran yang berkesan (effective teaching).

 Pengajaran dan pembelajaran yang baik, menarik dan berkesan tidak dapat diwujudkan jika tidak memenuhi kriteria tertentu seperti yang dibincangkan di atas. Guru yang mampu menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ini ialah guru yang didikasi, mempunyai wawasan yang jelas dan mengajar dengan penuh semangat untuk mencapai objektif yang terancang dengan langkah-langkah yang tersusun dengan menggunakan BBM yang menarik dan dengan pergerakannya yang cukup lincah. Inilah dia guru yang efektif (effective teacher). “…effective teacher is one who is able to demonstrate the ability to bring about intended learning goals”. Parrott (1986:5)

 Oleh itu, guru haruslah merancang dengan cukup rapi sebelum memasuki kelas. Ini termasuklah strategi pengajaran yang merangkumi isi kandungan, objektif yang hendak dicapai, pendekatan, kaedah dan teknik penyampaian, BBM yang sesuai dan penilaian yang akan dijalankan. Satu yang perlu diingatkan ialah tentang pendidikan Islam atau penerapan nilai Islam. Ini juga harus dirancang dengan saksama. Iaitu apa yang hendak dipesan kepada pelajar, apa nasihat yang akan diberi, apa nilai yang hendak ditonjokan supaya pelajar ikut dan contohi dan sebagainya. Guru harus sedar bahawa mata pelajaran Pendidikan Islam bukan sahaja untuk lulus peperiksaan, tetapi untuk menjadi seorang Islam yang beramal dengan ajaran Islam dengan cara yang betul.

 Jadi, penekanannnya ialah penghayatan Islam, bukannya peperiksaan. Kalau guru mengajar terlalu terikat dengan orientasi peperiksaan, guru hanya berjaya menyampaikan ilmu Islam, tetapi gagal memberi pendidikan Islam, iaitu gagal mendidik anak-anak untuk menjadi orang Islam bagi memikul tugasnya sebagai hamba dan khalifah Allah. Demikian juga dengan istilah guru berkesan (effective teacher). Ia bukan sahaja memberi kesan dalam bidang pelajaran yang diajar, mudah faham dan diminati oleh pelajar, tetapi yang boleh menjadi contoh kepada pelajar dari segala aspek personaliti, kerana personaliti guru mempengaruhi sikap pelajar (Huitt, 1994). Ini termasuklah gaya bercakap, kekemasan berpakaian, penghayatan nilai Islam, penjagaan masa pengajaran (engagement time), ketepatan masa dalam setiap perjanjian, keadilan dalam layanan dan sebagainya. Ini semua mencerminkan guru muslim (Al-Ghazali, 1988; Al-Ibrashy, 1976).

Rujukan:
 Abu Saleh, Muhibuddin Ahmad (1988). Asasiyat fi turuq at-tadris al-`ammah. Riyadh: Dar Al-Huda. Al-Kailany, Taisir dan Iyad, Mulhim (1986). At-Taujih al-fanny fi usul at-tarbiyah wat-tadris. Beirut: Maktabah Lubnan. An-Nashmy, Ajil Jasim (1980). Ma`alim fit-tarbiyah. Kuweit: Makatabah Al-Manar. Atan Long (1981). Kaedah am mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Azman Wan Chik (1987). Kaedah hayati amali. Kuala Lumpur: Karya Bistari. Cangelosi, James S.(1992). Systematic teaching strategy. New York: Longman. Hasan Langgulung (1981). Beberapa tinjauan dalam pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Antara,. Mahfuzdh Shalahuddin (1987). Metodologi Pendidikan Islam. Surabaya: Bina Ilmu. Mok Soon Seng (1992). Pedagogi 2: Strategi pengajaran pembelajaran mikro. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Parrot, Elizabeth (1986). Effective teaching. London & New York: Longman, 7th ed. Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib (1995). Pengajaran dalam bilik darjah, kaedah & strategi. Kajang: Masa Enterprise. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986). Ilmu pendidikan: pedagogi. Kuala Lumpur: Heinemann, ctk. 4.

Asas-Asas Pengajaran dan Pembelajaran



APA DIA PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK DAN STRATEGI PENGAJARAN?

Mok Soon Sang 1992, Pedagogi 2 m.s. 8

 • Pendekatan – jalan yang diambil
• Kaedah – cara teratur, kemas & sistematik
 • Teknik - kaedah membentuk teknik.

Misalnya kaedah bercerita = teknik menyampaikan cerita (gaya); kemahiran menyampaikan cerita; pelbagai teknik.

 APAKAH PERBEZAAN ANTARA STRATEGI, KAEDAH, PENDEKATAN DAN TEKNIK PENGAJARAN? PENDEKATAN = APPROACH (pp. 58)

• A way to
 • Means of reaching
• A way of considering/dealing with
 • e.g. a problem: a new approach

 TEKNIK = TECHNIQUE (pp. 1257)

• Proficiency or skill in the practical art/science
 • e.g. a teacher with a good voice but poor technique
 • A way of achieving one’s purpose skillfully. (Sumber: CHAMBERS ENCYCLOPEDIC ENGLISH DCTI ONARY)

 Apakah Klasifikasi Strategi Pengajaran dan Pembelajaran?

 1. Strategi Pemusatan Guru
2. Strategi Pemusatan Murid
3. Strategi Pemusatan Bahan Pelajaran

 APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN GURU?

 • Guru memainkan peranan penting
 • Komunikasi sehala. Guru banyak bercakap.
 • Kepimpinan guru secara autokratik
 • Pencapaian objektif guru diutamakan
 • Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni/perkembangan emosi.
 • Penyampaian fakta secara menghafal. Pembelajaran berbentuk mengingat/menghafal.
 • Interaksi di antara murid adalah pasif.
 • Kaedah keseluruhan kelas.
• Murid-murid kurang kreatif/ tidak berinitiatif.
 • Kaedah & Teknik – penerangan, demonstrasi, syarahan, kumpulan/pasukan, bercerita, keseluruhan kelas.

 APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN MURID?

 • Murid memainkan peranan penting
 • Komunikasi dua hala. Guru menyoal/membimbing.
 • Kepimpinan guru secara demokratik. Perbincangan/galakan murid memberi pendapat,
 • objektif pencapaian murid diutamakan
 • perkembangan murid secara menyeluruh/seimbang ( j.e.r.i.)
 • Ujian formatif digunakan bagi membaiki kelemahan murid.
 • Penyampaian guru untuk pembelajaran bermakna, memahami & membuat kesimpulan,
 • Peluang interaksi di antara murid adalah positif (bekerjasama, bertolak ansur, tolong-menolong)
 • Kaedah kumpulan/perbezaan & minat murid dipupuk,
• Murid-murid bersifat kreatif/ berinitiatif.
 • Kaedah & Teknik – projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalanan, penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, kumpulan kecil dsb.

APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN BAHAN PELAJARAN?

 • Bahan pelajaran memainkan peranan penting.Pergantungan kepada bahan untuk mencapai objektif pengajaran.
 • Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau murid/bahan pembelajaran
 • Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran-pembelajaran diutamakan
 • Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Murid dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari.
 • Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan.
 • Peluang interaksi antara muid banyak. Sifat social yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil – ujikaji, projek, perbincangan dsb.
 • Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan pelajaran
• Kaedah & Teknik – komputer, bahan cetak, modul, buku teks, buku rujukan, kamus, perakam pita, carta, peta, geraf, spesimen, slaid, video, televisyen, projektor, dsb.

APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI KESEPADUAN?

 • Penggabungjalinan
 o Proses penyampaian beberapa kemahiran
 o Kecekapan melaksanakan aktiviti – membaca, menulis, menghurai, mengira, mewarna, menyanyi, melukis, melabel, mengarang, becerita, berlakon dsb.
 o Mendengar, lisan, membaca dan menulis secara bersepadu
o Kemahiran matematik digabungjalinkan dengan kemahiran bahasa
 o Ciri-ciri gabugjalin:  Integrasi beberapa kemahiran  Prosesnya bersepadu dan menyeluruh  Aktiviti dipelbagaikan dengan menarik  Kemahiran utama menjadi fokus  Organisasi kemahiran fleksibel  Kemahiran diintegrasikan saling kukuh mengukuh antara satu sama lain.
 o Cara mengguna gabungjalin  Mengenalpasti kemahiran utama & kemahiran sampingan  Kemahiran utama diberi fokus  Kemahiran-kemahiran sampingan dikuasai dahulu untuk kukuhkan kemahiran utama  Kemahiran utama digunakan di peringkat perkembangan pelajaran, kemahiran sampingan digunakan di semua peringkat pelajaran  Strategi penggabungjalinan kemahiran hendaklah dirancangkan berdasarkan objektif pelajaran, kebolehan & pencapaian murid.  Kemahiran-kemahiran diintegrasikan dalam urutan yang sesuai. Setiap kemahiran hendaklah dikaitkan dengan kemahiran yang berikutnya secara lojikal.
 • Penyerapan o Proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran o Isi matapelajaran sains dan kajian tempatan diserap menjadi isi mata pelajaran bahasa. o Pendidikan moral, Pendidikan seni, Pendidikan jasmani & Muzik juga diserapkan dalam program bahasa sebagai aktiviti sokongan. o Geografi, Sejarah, Kesihatan dan pendidikan moral diserapkan secara bersepadu dalam Sains /Kajian Tempatan. o Penerapan Nilai murni , kurikulum akademik disepadukan dengan kokurikulum, kurikulum formal disepadukan dengan kurikulum tak formal. o Ciri-ciri penyerapan :  Mengandungi beberap unsur ilmu pengetahuan  Berbagai unsur diserapkan dalam satu matapelajaran  Bilangan mata pelajaran dalam penyerapan fleksibel  Organisasi isi kandungan - Unsur utama dan unsur sampingan  Proses penyerapan boleh berlaku serentak dengan proses penggabungjalinan.
 APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN INDUKTIF? • Mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat kemudian membuat generalisasi/kesimpulan • Bermula dengan memberi beberapa contoh yang khusus • Contoh-contoh mempunyai prinsip yang sama • Murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenalpasti & mentafsir maklumat untuk membuat generalisasi/kesimpulan • Matematik, bahasa dan sains banyak menggunakan pengajaran induktif • Kaedah inkuiri-penemuan diamalkan apabila mengajar sains o Contoh kusus ikan emas, udang, sotong, berudu o Memerhati & mengkaji – bernafas melalui insang o Mentafsir dan membuat generalisasi – Haiwan hidup dalam air mempunyai insang untuk bernafas. • Prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Induktif o Sediakan contoh-contoh yang sesuai o Soalan-soalan disediakan untuk membimbing membuat kesimpulan o Guru tidak menghuraikan isi pelajaran, murid dibimbing untuk mencari kesimpulan o Jenis contoh khusus dipelbagaikan tetapi mengandungi ciri yang sama o Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai & mencukupi. o Murid-murid digalakkan memberi contoh yang sama o Guru tidak harus memberi contoh sekaligus o Sediakan alat bantu mangajar o Penggunaan deria-deria murid dalam aktiviti – lihat, dengar, hidu & sentuh. o Pengajaran mengikut urutan yang tepat – contoh-contoh spesifik membawa kepada kesimpulan umum.

 APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN DEDUKTIF?

 • Strategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana murid perlu memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi serta berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi pada contoh-contoh khusus.
 • Bermula daripada berberapa rumus, prinsip, hukum, teorem/peraturan
 • Digunakan kesimpulan baru, generalisasi baru daripda rumus, hukum, peraturan
 • Proses pengajaran: o Prinsip/rumus o Kaedah deduktif o Aplikasi rumus/prinsip o Mendapat rumus baru, prinsip baru dsb. o Guru memberi tahu murid objektif pelajaran pada peringkat awal, o Murid dibimbing mengingat kembali hukum, prinsip, teori, peraturan bagi mendapat kesimpulan yang baru/ menyelesaikan masalah.

 APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN ELEKTIF/eklektik?

 o Elektif bererti pemilihan, eklektik bermakna bercampur o Gabungan pendekatan digunakan o Menggabungkan pendekatan indukti dan deduktif o Banyak digunakan dalam pengajaran sains dan matematik o Boleh gunakan strategi Pusatan guru, Pusatan murid, Pusatan bahan o Digunakan dalam aktiviti pemulihan dan pengayaan

APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN TEMATIK?

 • Pokok perbicaraan/topic utama contoh tema alam semula jadi, tema perpaduan kaum
 • Tema dipecahkan kepada sub-topik untuk perbincangan o kumpulan pelbagai kebolehan o sama kebolehan
• Tema yang sama dibincangkan oleh o kumpulan pelbagai kebolehan o sama kebolehan
 • Tema yang berbeza tetapi saling melengkapi o kumpulan pelbagai kebolehan o sama kebolehan
• Selepas perbincangan, dapatan-dapatan dibentangkan oleh wakil kumpulan
 • Membuat rumusan

 APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN MASTERI (Mastery Learning)?
 • Penguasaan, Kemahiran , Cekap, Lengkap
 • Maklumbalas pembelajaran, pengubahsuaian, meningkat keberkesanan
 • Faktor pencapaian murid: o Kebolehan asas o Kuantiti & kualiti pengajaran/pembelajaran o Kebolehan memahami pengajaran o Daya usaha pembelajaran berterusan o Masa pembelajaran
 • Strategi pengajaran – adakan objektif yang jelas dan boleh diukur.
 • Pilih kaedah & teknik yng berkesan
• Nilai hasil pembelajaran dengan ujian formatif (diagnostic) dan ujian sumatif berdasarkan objektif pelajaran bagi melihat tahap penguasaan pelajaran
• Aktiviti pemulihan kepada yang belum menguasai sesuatu pelajaran
• Yang lemah diberi pemulihan dan yang mencapaia objektif diberi aktiviti pengayaan.